Thursday, December 29, 2011

Tuesday, November 29, 2011

Ikhlaskah Aku?



Refleksi Diri :



Pengorbanan lahirnya dari keikhlasan hati seorang insan yang bernama ibu dan bapa juga sebagai seorang hamba Allah. Betapa pentingnya keihkasan itu sendiri sehinggakan ibadahnya mulia dipandang oleh yang Maha Kuasa. Ya Allah ku bermohon agar hati ini sentiasa diberi keikhlasan dalam beribadah untuk Mu.. Jangan pernah Engkau rapuhkan hati ini dalam beribadah dengan Mu kendatipun duri yang menusuk.. Kuatkanlah hati ini Ya Rabb!!

Friday, November 11, 2011

Wahai Saya!!



 Refleksi diri :
WAHAI SAYA!!
Berkawanlah dengan penuh keikhlasan.. pandang terus Maju! Sentiasa sedia dan belajar untuk memperbaiki diri supaya dapat memacu diri ke arah yang lebih baik dan mendepani segala keangkuhan yang tertanam dalam diri ini.. jadilah seorang insan yang kehadiran kita itu terasa bermanfaat untuk orang disekeliling teman yang lain.. positif positif!! tukar mode fikiran negative kita ke positif lantaran dapat meneutralkan fikiran kita sekaligus.. percayalah!

Tuesday, November 1, 2011

Baby Khalifah..

 Tahu lagu nie lepas pergi dhaurah baru-baru tok.. best gilak!! This video I dedicate to my niece and nephew.. hope they would be a useful youth!!

Ayuh, Bangkitlah Jiwa-Jiwa Muda!!!!!

     Zuppp… zuppp!! Huhu cursor aku tiba2 terhenti di pautan tentang sejarah Imam Hassan Al-Banna. Ape lagi kliklah kan.. Tiba-tiba aku terbaca serangkap kata-kata dari beliau. Tak sangka la pulak boleh membuat aku terfikir sejenak.. tadaaa!! Niela kata-kata beliau:

    Andai diumpamakan ISLAM seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka aku akan berjalan ke seluruh dunia bagi mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramainya bilangan mereka. Tapi aku ingin hati-hati yang ikhlas untuk membantu dan bersamaku membina kembali bangunan using itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah. (Imam As-Syahid Hassan al-Banna)

Masya-Allah!! Tingginya jihad beliau.. “jiwa-jiwa muda” ermmm!! Ya!! Aku tergolong dalam itu.. terasa pulak aku.. jadi???? Aku pun terfikir apa tindakan aku seterusnya.. aku mesti jadi “jiwa-jiwa muda” yang akan menyuburkan kembali Islam tersebut.. aku pasti boleh!!!!!!


Wednesday, August 24, 2011

Bila IMAN Menjunam

Iman manusia itu sekejap naik sekejap turun. Alangkah bestnya if iman kita nie sama dengan malaikat. Sentiasa naik dan tak pernah turun. Subhanallah! Haa.. di sini ingin dikongsikan sedikit tentang bagaimana nak top up semula iman Itu.. satu hari aku bertanya dengan salah seorang sahabatku.. wahai sahabat bagaimana dengan diri ini.. saat ini ku merasa iman ku ‘down’ sangat.. apa yang perlu aku buat nieh..??

Jawapan si sahabat:
Banyakkanlah berdiam diri
Jauhkanlah diri dari berlainan jantina
Banyakkan berfikir
Banyakkanlah solat taubat
Banyakkan baca al-quran dan tadabbur ayat
Selalulah Guna lipstick jenama zikrullah
Rajinlah ‘Make up’kan muka dengan jenama wudhu’ 

Tuesday, June 7, 2011

IMPIAN oh IMPIAN!!

Haha.. impian!! oO baru ku sedar!! Bukan semua orang dapat mencapai impian mereka yang tertanam sejak dari lahir lagi… bayangkan sejak dari alam persekolahan lagi menanam semangat untuk mengejar impian tersebut.. tapi akhirnya musnah begitu sahajaa… inilah kehidupanku………………………..
 Aku tanamkan impian saat kaki ku pertama kali melangkah ke sekolah.. wah begitu lama sekali .. tapi akhirnya? Adakah aku akan diberi peluang sekali lagi untuk mengejar impianku itu.. ku sangkakan impianku berakhir sewaktu di alam aku mendapat keputusan PMR.. aku mula menjejaki kaki ke tingkatan 4.. dan aku mulai menjalani sesuatu yang baru.. aku telah ditempatkan ke dalam pengajian sains IT… akan tetapi suatu keajaiban berlaku.. keajaiban ini membuatkan aku percaya bahawa aku masih diberi peluang untuk capai impian itu.. mulai saat itu semangat aku melambung dan membuatku bersungguh serta bekerja keras dalam pengajian ku.. dalam kesungguhan itu ditemani pula seorang teman yang sudi menemani dan selalu memberi semangat tika aku lemah..   tidak kira penat lelah kami .. perjuanagan diteruskan.. dan akhirnya.. dan akhirnya kami Berjaya menempuhinya bersama.. tawaranku menunjukkan aku semakin hampir dengan impianku.. malangnya… malangnya.. kebenaran tidak membenarkan… aku terpaksa memenuhi impian insan lain… akan adakah peluang lagi untuk ku ?? buat terakhir kalinya