Saturday, June 23, 2012

Bebaskan Hatimu


Bebaskan hati aku!!

Banyaknya dosa aku.. terbebannya dosa itu bagai keldai membawa buku!!

SuaraMisteri: “dah tahu engkau tue banyak dosa banyaklah bertaubat! Nie tidak mengeluh memanjang.. nak tunggu dosa tue hilang sendiri.. sedangkan kotoran pun terpaksa guna Clorox untuk menghilangkannya.. “

Hati: “dush!eyh pedihnya hati aku! …………”

Kesedaran menyapa aku.. Kesedaran dengan keprihatinan terhadap hati aku.. Rupanya hati aku selama ini keras bagai batu!! Aku tak boleh begini sahaja dan aku perlu cari solution untuk lembutkannya balik.. aku nak bebaskan hati aku!! Sesaknya nafas dihimpit batu itu..

Eh.. engkau dah tahu kan hati ngkau tu keras.. kenapa tak usaha untuk lembutkan.. pecahkan batu tue! Nak pecahkan batu tue payah..

“Kenapa nak korbankan duit  jumpa doktor untuk pecahkan hati batu tue?..”

“Kenapa nak korbankan hati orang lain untuk gantikan dengan hati batu tue?..”

SuaraMisteri: “kau nak pecahkan batu itu.. kau perlu buat semua nie!

membaca Al-quran
buat Qiamullail
laksanakan Solat Sunat
baca Ma'thurat
lakukan puasa sunat
selalulah datang Usrah & Haloqah
attendkan diri ke Dhaurah
rajinkan diri join Mukhayyam(Camping)
baca buku Ilmiah
dan seumpama dengannya.........

Buatlah semua ini.. Insha-Allah lama-lama lembutlah hati kau yang mcm batu berkarat tue… Janganlah banyak memberi alasan tak dapat nak laksanakan semua tue.. 


kalo setakat nak bagi alasan aku ada banyak tugasan yang perlu disiapkan.. Janganlah! Banyak lagi orang lain kat luar sana busy lagi dari kau! 


kalau nak cakap aku tak berminat.. Janganlah! Kalo nak buat maksiat tue kau sukala! 


Setakat alasan aku belum terfikir nak buat semua itu.. Janganlah! Banyakla cantik… kalau mati sempat tak kau nak berfikir… sedarlah!! 


Kalau nak bagi alasan aku malas.. Janganlah! Sampai bila kau nak malas.. sampai masyarakat lain pandang hina pada kau! 


Kalau nak bagi alasan suka hati akula nak pilih apa yang aku buat.. Janganlah! Nanti akhirat kau juga yang tarik kaki aku!..............”

Ketukkan hati kau !!

“Lemparan alasan bagai satu coretan yang agak menipiskan kelogikan fikiran dibuat untuk berat melakukannya adalah satu yang sia-sia.. Meraih keuntungannya adalah kita sendiri bukannya orang lain…”

kalau kita lakukan semua itu tanpa melontarkan alasan Insha-Allah terbebas jugak hati tue dari batu... 
(senyum sampai telinga)
dedicated to: especially to myself


No comments:

Post a Comment