Monday, May 28, 2012

NAQIBAH SUPER BULATAN GEMBIRA -HURRUN AINI

NAQIBAH SUPER


Lagaknya  boleh mengalahkan spy!
Kata-katanya ibarat jampi bg saye!
Tarikannya bak hepnotais!
Powernya mungkin macam Boiboiboi xmungkinla mcm superkarmen!
Sabarnya bagai ketuhar elektrik! Kah3x(sambil tutup mulut)
( kalo guna microwave tu xsesuai sbb naqibah nie kuat sabar) hehe!
Super??

Ofcozla naqibah nie supersuper.. super.. eh? Ada dengungla..(Johan dlm lawak ke der) hohox.. kalo nak tahu, hambasuper nie hasil dari TARBIYAH sorang naqibah.. super bangat! HOT gitu! Heh2.. HOT disini bukannya HOT di padang masyhar tapi HOT utk syurga.. yeaaahhh! (salute)

Nostalgia masa lalu membuat aku terpaku membayangkan aku merangkak-rangkak tika aku menyeludup keluar dari kepompong JAHILLIYAH.  Ah! Sombongnya aku tika tangan yang dihulur dilihat bagai HALIMUNAN..

Hati yang tengah membiakkan bintik hitam berbisik: eh? Ape nie? Kite bolehla.. xyahla nak bantu.. lagipun kita tak suka jadi FOLLOWER USRAH nie..  pleasela.. korang tak rase ke yang yang menda2 mcm tue wasting time.. Buang masa aku jer! Mak aku tak suruh jd FOLLOWER USRAH, mak aku suruh belajar sungguh-sungguh jer! [masa first ikut usrah ngan naqibah nie]

Sekarang aku mengerti bahawa naqibah aku ibarat nakhoda kapal yang berlayar dalam ribut taufan.. berusaha membawa layar (kami) ke jalan pulang dengan dugaan ibarat ribut taufan & puting beliung.. ooohh(sambil angguk2 kepala).. besarnya kesabaraban naqibah itu.. besarnya jihad naqibah itu…

Kerja yang bertimbun-timbun ibarat tempat pelupusan sampah yang belum habis di buat dibiarkan bagai amnesia sebentar kerana jihadnya dalam bulatan gembira kami.. Pernah suatu ketika aku hanya terpaku menggunakan teropong memerhati gelagat naqibah ini yang terkadang mencuit hati dan terkadang memangkin perkataan terharu pada saya.. Engkau terharu?(syaitan mula berbisik).. Ya! Aku terharu.. Memang pun aku terharu! Walau masa padat seperti molekul solid sekalipun tapi xpernah mengaum bak harimau yang mengadu kelaparan.. Walau berbillion syaitan bergayut dimata sekalipun tetap dilawan dengan jihadnya terhadap agama Allah.. Jihadnya itu didengar oleh bisikkan hati ini.. Hati yang sedang giat membiakkan bintik hitam ini!

Insha-Allah hati yang mula giat memproses bintik hitam ini akan di cuci dengan Clorox supaya bersih sebersihnya.. Jazakillahu khairan buat naqibah itu yang mentarbiyahkan aku Insha-Allah menjadi hamba yang super dunia akhirat.. sukran jazillan atas usaha membawa aku kenal apa itu di sebalik I-S-L-A-M.. Sangat2 terima kasih kerana aku tahu bahawa betapa pentingnya BULATAN GEMBIRA buat aku… (senyum sampai telinga)

Sekarang aku sedar dari mimpi yang panjang bahawa aku hidup bukan untuk keperluan untuk mendapat tuntutan dunia tapi aku hidup untuk 
tuntutan akhirat & menjadi hamba Allah..

Dedicated to: my naqibah in bulatan gembira (Hurrun Aini)






No comments:

Post a Comment