Monday, June 25, 2012

Al-Quran vs Portable Play Station (PSP)


"Sesungguhnya dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenang." 
(Ar-ra'ad:28)



Kadang-kadang nak lakukan sesuatu yang baik pun kita rasa malu..

sebab apa?

Sebab masyarakat pandang yang baik itu adalah sesuatu yang menyampah!

“Jadi kepada diri ini! yang selalu malu untuk melakukan kebaikan kerna takut akan lontaran caci maki puji muji masyarakat sekeliling hendaklah menapis malu itu dan laksanakanlah tanpa malu!”

PersepsiMasyarakat:  Al-Quran hanya boleh dibaca dirumah sahaja takpun di masjid..

SuaraMisteri:  Owh.rupanya Al-Quran nie dibaca masa kat dalam rumah dan masjid sahaja ek? Jadi memang ada ditulis dekat al-Quran baca kat rumah jer.. Tak pernah aku jumpa dekat al-Quran tue ada tulis ‘FOR HOUSE & MOSQUE ONLY’ ... [angguk-angguk sket] kalau PSP tue boleh plak nak bawa & main dimana-mana...

“Biarlah masyrakat menyampah dengan kita lama-lama dorang akan terbiasa lah tue.. selagi kita tak buat sesuatu yang baru dan menjadi kebiasaan bagi mereka selagi tue persepsi dorang tue solid dan tak akan berganjak..”

Jom! Sama-sama kita selalu baca surat dari kekasih [Allah]  kita sepertimana kalian membaca mesej dari kekasih [manusia] kalian..

Bumi ini milik Allah s.w.t jadi kita berhak membaca kata-katanya dimana-mana kita berada!

“Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahNya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang. Dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai. ( 7:205)”

“And do thou (O reader!) Bring thy Lord to remembrance in thy (very) soul, with humility and in reverence, without loudness in words, in the mornings and evenings and be not thou of those who are unheedful.. [7:205]”


Saturday, June 23, 2012

Bebaskan Hatimu


Bebaskan hati aku!!

Banyaknya dosa aku.. terbebannya dosa itu bagai keldai membawa buku!!

SuaraMisteri: “dah tahu engkau tue banyak dosa banyaklah bertaubat! Nie tidak mengeluh memanjang.. nak tunggu dosa tue hilang sendiri.. sedangkan kotoran pun terpaksa guna Clorox untuk menghilangkannya.. “

Hati: “dush!eyh pedihnya hati aku! …………”

Kesedaran menyapa aku.. Kesedaran dengan keprihatinan terhadap hati aku.. Rupanya hati aku selama ini keras bagai batu!! Aku tak boleh begini sahaja dan aku perlu cari solution untuk lembutkannya balik.. aku nak bebaskan hati aku!! Sesaknya nafas dihimpit batu itu..

Eh.. engkau dah tahu kan hati ngkau tu keras.. kenapa tak usaha untuk lembutkan.. pecahkan batu tue! Nak pecahkan batu tue payah..

“Kenapa nak korbankan duit  jumpa doktor untuk pecahkan hati batu tue?..”

“Kenapa nak korbankan hati orang lain untuk gantikan dengan hati batu tue?..”

SuaraMisteri: “kau nak pecahkan batu itu.. kau perlu buat semua nie!

membaca Al-quran
buat Qiamullail
laksanakan Solat Sunat
baca Ma'thurat
lakukan puasa sunat
selalulah datang Usrah & Haloqah
attendkan diri ke Dhaurah
rajinkan diri join Mukhayyam(Camping)
baca buku Ilmiah
dan seumpama dengannya.........

Buatlah semua ini.. Insha-Allah lama-lama lembutlah hati kau yang mcm batu berkarat tue… Janganlah banyak memberi alasan tak dapat nak laksanakan semua tue.. 


kalo setakat nak bagi alasan aku ada banyak tugasan yang perlu disiapkan.. Janganlah! Banyak lagi orang lain kat luar sana busy lagi dari kau! 


kalau nak cakap aku tak berminat.. Janganlah! Kalo nak buat maksiat tue kau sukala! 


Setakat alasan aku belum terfikir nak buat semua itu.. Janganlah! Banyakla cantik… kalau mati sempat tak kau nak berfikir… sedarlah!! 


Kalau nak bagi alasan aku malas.. Janganlah! Sampai bila kau nak malas.. sampai masyarakat lain pandang hina pada kau! 


Kalau nak bagi alasan suka hati akula nak pilih apa yang aku buat.. Janganlah! Nanti akhirat kau juga yang tarik kaki aku!..............”

Ketukkan hati kau !!

“Lemparan alasan bagai satu coretan yang agak menipiskan kelogikan fikiran dibuat untuk berat melakukannya adalah satu yang sia-sia.. Meraih keuntungannya adalah kita sendiri bukannya orang lain…”

kalau kita lakukan semua itu tanpa melontarkan alasan Insha-Allah terbebas jugak hati tue dari batu... 
(senyum sampai telinga)
dedicated to: especially to myself


Monday, June 11, 2012

Hipokrit Dr Jekyll and Mr Hide dalam Kehidupan

Hipokrit Dr Jekyll & Mr Hide

Short story  nie familiar bagi budak Sabah & Sarawak.. Kisahnya begini.. (chewah) 


Dr Jekyll nie seorang doktor dan berlatar belakangkan golongan bangsawan.. Suatu hari Dr. nie wat satu research tentang satu ramuan yang boleh ubah diri kepada personaliti lain.. Jadi untuk testimonal Dr nie guna dirinya sendiri.. apalagi kasi masukla antidot tue dalam badan..

tupp.. tupp.. rupanya antidot tue ada sth wrong..

antidot tue transformkan dirinya jadi orang jahat(Mr Hide).. banyak pembunuhan berlaku.. tapi bila kesan antidot tue dah berkurang jadilah balik asalnya(Dr Jekyll).. masa jd Dr jekyll dia berusaha menyembunyikan kesalahan dia dah lakukan tanpa sedar.. lama-kelamaan antidot meresap banyak kedalam sel badannya... dan ending cta nie Dr Jekyll and Mr Hide nie meninggalla..
**********
Terkesima sebentar membaca short story  nie.. manusia yang mempunyai dua personaliti tapi sedaya upaya menyembunyikan personaliti jahatnya.. Betapa hipokritnya Dr Jekyll.. Dia tak nak orang tahu yang dia dah buat sesuatu yang keji dan hina tanpa dia sedar..

Bagi saya hipokrit Dr Jekyll itu kita boleh contohi dalam membuat transformasi diri dengan antidote tarbiyah.. Kesalahan yang dilakukan terus menerus datang kepada kita bak Tsunami membaham dahagakan nyawa meresahkan kita.. Kita kalau pernah buat salah yang tak dapat diselimuti lagi hendaklah berubah jadi baik dan sedaya upaya tidak mengingati kembali kesalahan lalu dan menyembunyikan kesalahan yang dilakukan bagaikan terkuburnya ia di laluan Segi Tiga Bermuda.. Keluarkanlah personaliti kita yang baik dan lawan personaliti buruk kita... 

Keluarkanlah Personaliti Jahat kita itu

**********
Perubahan itu perlu ada rasa hipokrit.. kalau sebut pasal hipokrit confirm orang fikir yang negative punya.. hmmm.. (gerak mata sikit)

Aku Tanya: Apa pendapat korang tentang hipokrit?

Persespsi orang: Orang hipokrit nie kami memang tak suka.. menyampah.. menyakitkan hati… bikin panas adala orang macam nie.. arghh!!  (geramla sangatkan)

Aku Tanya lagi : ye ker? Kalau orang tue(hipokrit) berubah jadi baik macam mana? Jawab2… nak menyampah jugak ke? (puas hati sikit)

Persepsi orang: elehh.. hipokrit semata-mata! Takde ke bendanya nak jadi baik… kalau hipokrit tue tetap hipokrit!! (mengadanya)

“Pasrah aku nak tanya lagi.. orang begini tak baik bawa cakap panjang2.. Parah jadinya..”

Babak satu takda Ending:

Aku orang tahanan penjara jahilliyah… sekarang aku sudah bebas dari tahanannya.. teringat lagi semasa aku dalam tahanan jahilliyah kain baju aku tidak cukup untuk menyembunyikan auratku.. tapi setelah berjaya bebas aku bagai cacing kepanasan mencari kain untuk menampung mana-mana bahagian auratku yang tidak disembunyikan..

Bahagia sangat.. terkadang aku amnesia sebentar supaya aku tidak mengingati masa perih, perit aku dalam tahanan itu.. Peristiwa itu membuat aku malu untuk berhadapan dengan orang.. nak sangat orang lain tak tahu apa yang aku dah buat selama ini..

Untuk aku melepaskan belenggu jahilliyah yang beku dalam ingatan, aku mesti menjadi hipokrit .. tapi hipokrit aku adalah pakaian aku bukanlah seperti apa yang aku pakaikan seperti kebiasaan dalam tahanan jahilliyah.. Inilah yang aku katakan hipokrit..

Friday, June 8, 2012

Manajemen Diri Dengan Transformasi..


Transformasi : Dunia + Akhirat = Syurga



Stereo masyarakat: siapa tak pakai baju macam zaman sekarang    ketinggalan zaman & perubahan dunia..

Huh! Ketinggalan apanya?

Budak Islam: kami guna pakaian macam nie korang kata ketinggalan dunia dan zaman.. Yang penting kami tak ketinggalan akhirat.. Bagi kami sapa2 yang tak guna pakaian macam mana kami pakai maksudnya dorang tue ketinggalan akhirat..

“So what? Ada ku kesah! Suka hati akula.. aku yang tanggung dosa….” (sombongnya)

Kalo dulu aku pernah guna perkataan2 ini dan berfikiran seperti itu tapi sekarang tidak lagi… tidak akan lagi! Kerana aku sedar apa yang aku buat itu tak mendatangkan hasil sedikitpun.. suka sangat kejar kemasyuran dunia hingga lupa kemasyuran akhirat… nak juga merasa tempat VIP di akhirat kelak.. sapa tak nak.. sana lagi mewah.. asyik kejar dunia tue dunia jer yang dapat..  kalo yang kejar akhirat, dua-dua dapat.. masih belum terlambat lagi kalo nak wat transformasi.. buatlah cepat2 sebelum sangkalala ditiup…

“ arghh! Aku tak nak begini… aku nak transformasi!!.....”

“Adakah anda bersedia untuk transformasi?? Ianya memerlukan anda keluar dari adat dan kebiasaan yang anda buat.. relakah anda??..”

“Aku rela!! Walaupun aku terpaksa buang apa yang aku suka (baju + jeans yang ketat+lagu Kpop+bebas sosial+ banyak lagi) Sbb aku nak tmpt VIP di akhirat!!

Dedicated to: myself

Manajeman diri untuk transformasi.. semua itu didasari dengan istiqomah, pengorbanan, mujahadah yang tinggi serta keyakinan yang mantap!!”

Thursday, June 7, 2012

Jiwa aku sakit!!



Semua  aku dah buat.. mandi dah.. tido pun.. dah terlebih tido dah aku nie.. makan pun dah.. borak pun dah sampe sakit tekak dah nie.. ape lagi yang aku belum settle nie?? Kenapa jiwa aku resah... xboleh jadi nie aku kena jumpa doktor nie manela tau ada sakit apa2la kan...


Tabib: awk tak ada sakit apa2!


bomoh pun cakap: mu nie takde sakit eh.. p balik!!!


aik? aku sakit ape ek? aa'ah! aku tahu nie mesti ada orang marah kat aku nie... hmmm.. satu hari aku pun belek2 la kitab ajaib... dush! habis! habis! habis! terkena habis aku dek penawar sakti nie! rupanya rohani aku yang sakit bukan fizikal... patutla tak dapat nak kesan sakit apa... bahagia!!! aku dah dapat cara untuk pulihkan kembali hati ku yang resah ini... (chewahhhh!) hahaha (ketawa jahat).... aku akan hasilkan satu penawar melalui kitab ajaib ini!!!


Cara membuat penawar untuk ubat Rohani macam nie:




pertama ambil Al-Quran kemudian baca! faham maksud sekali baru mujarab!!!




lepas tue untuk siapkan penawar nie kena buat waktu malam2x.. (Qiamullail)




kemudian jangan lupa untuk baca menteranya(zikir)
ini antara menteranya(zikir): Subhanallah, Walhamdulillah, Allahu Akhbar!!



apa yang penting mesti ingat mati...



terakhir perlukan sedikit air mata dan banyakkan mengadu pada Allah...

Sunday, June 3, 2012

Sahabat Aku Super Dunia Akhirat!!

“Nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam adalah SAHABAT yang soleh, jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya maka peganglah ia sungguh-sungguh..
-Saidina Umar al-Khattab-

Kami nak kawan macam hebatnya Sahabat nabi kami!!



Bagi Aku erti sahabat sebenarnya ialah memahami, memiliki dan memberi..

Ukhwah yang dibina hanya atas cintanya kepada Allah..

 Jika jantung terhenti akan ada nadinya..

Ukhwah terbina seperti indahnya terbina tali tasbih yang menghilangkan kesanggupan untuk memusnahkannya..

Jika lalai dengan Allah akan ada yang memperingatinya..

Aku terharu kerna punya sahabat yang pemaaf walau beribu kali aku menyakitinya…

Bangga aku dengan mereka ini seluas lautan..

Iman mereka seperti mercury kepanasan..

Membuat aku malu keresahan

Sahabat! Maaf jika aku melukaimu..

Aku tahu aku insan yang hina selalu mengecutkan hatimu..

Dan

Jangan biarkan aku hanyut dalam lautan Jahilliyah..

Jazakillahu khairan kerna selalu untukku

“ Ya Rabb! Aku bersujud syukur ke atas-Mu kerana Engkau menemukan aku sahabat yang membimbing dan mentarbiyahkan aku ke jalan-Mu…”