Sunday, June 3, 2012

Sahabat Aku Super Dunia Akhirat!!

“Nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam adalah SAHABAT yang soleh, jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya maka peganglah ia sungguh-sungguh..
-Saidina Umar al-Khattab-

Kami nak kawan macam hebatnya Sahabat nabi kami!!



Bagi Aku erti sahabat sebenarnya ialah memahami, memiliki dan memberi..

Ukhwah yang dibina hanya atas cintanya kepada Allah..

 Jika jantung terhenti akan ada nadinya..

Ukhwah terbina seperti indahnya terbina tali tasbih yang menghilangkan kesanggupan untuk memusnahkannya..

Jika lalai dengan Allah akan ada yang memperingatinya..

Aku terharu kerna punya sahabat yang pemaaf walau beribu kali aku menyakitinya…

Bangga aku dengan mereka ini seluas lautan..

Iman mereka seperti mercury kepanasan..

Membuat aku malu keresahan

Sahabat! Maaf jika aku melukaimu..

Aku tahu aku insan yang hina selalu mengecutkan hatimu..

Dan

Jangan biarkan aku hanyut dalam lautan Jahilliyah..

Jazakillahu khairan kerna selalu untukku

“ Ya Rabb! Aku bersujud syukur ke atas-Mu kerana Engkau menemukan aku sahabat yang membimbing dan mentarbiyahkan aku ke jalan-Mu…”


Nikmat persahabatan jika di adunkan dengan nikmat Islam ianya akan menjadi lebih nikmat lagi. Sumpah! Nikmat sangat! Memang dulu ada hubungan persahabatan tapi ada perbezaannya.. Memang beza sangat-sangat..

dedicated to: Hajijah Pandi, Nurul Nazuwa Pelah, Mardianah Dullah, Siti Salwa Salbawi, Khalijah Ekhsan & Darul Aini Oyot


Insha-Allah.. Syurga destinasi kami..


No comments:

Post a Comment