Thursday, May 31, 2012

Antara Terminator atau Vampire?

aku nie Terminator ke Vampire...???

FAHAM bagi awak apa?

Bagi saya  FAHAM nie: “ awk tahu sungguh-sungguh dalam fikiran dan hati apa yang saya mahu…”

Faham dituntut dalam setiap hubungan. contohnya:

-HAMBA faham apa kehendak TUHANnya : kalau seorang hamba faham apa yang Tuhannya mahukan mesti hamba itu akan mentaati perintah Tuhannya dengan beribadah dengannya.. Betul tak? Baik ngaku cepat!!

-UMAT faham perjuangan RASULnya: kalau satu umat itu faham akan perjuangan Rasulnya, mestilah lahir rasa kecintaan terhadap Rasulnya dan sekaligus akan melaksanakan sunnahnya.. Betul tak? Baik ngaku cepat!!

-PENGANUT faham akan AGAMAnya: kalau setiap penganut faham akan agamanya sudah tentu mereka akan mentaati agama dan menegakkan agama mereka walaupun dengan nyawa sekalipun.. Betul tak? Baik ngaku cepat!!

-MANUSIA faham tanggungjawab ALAM SEKITARnya: kalau manusia faham apa kepentingan dan tanggungjawab alam sekitar sudah tentu mereka akan menjaganya dengan sebaik mungkin tanpa membuat pencemaran ke atasnya.. Betul tak? Baik ngaku cepat!!

-KAWAN faham terhadap KAWANnya: kalau seseorang kawan itu faham akan kawannya Insha-Allah ukhwah yang terbina berkekalan hingga ke syurga. Malah prasangka buruk tidak timbul dari hati yang giat memproses bintik hitam.. Betul tak? Baik ngaku cepat!!

-SUAMI faham akan ISTERInya: Faham amat penting dalam rumah tangga.. suami faham isteri.. isteri faham suami.. Insha-Allah keluarga bahagia hati pun senang.. Betul tak? Baik ngaku cepat!!

-IBU BAPA faham akan ANAKnya: Insha-Allah kalau ibu bapa itu faham akan anaknya, anaknya mungkin menyayangi ibu bapa lebih dari diri mereka dan kejayaan dapat dikecapi tanpa memaksa mereka.. Betul tak? Baik ngaku cepat!!

Senangkan kalau semua orang faham.. Tapi sayangnya sikit sekali orang yang FAHAM… Bayangkan kalau tak ada langsung orang yang faham.. Apa akan terjadi? Kalau tak ada langsung yang faham tue maknanya manusia nie robotla(terminator)... Vampire pun paham.. Ah? Vampire faham? tipu betulla.. Vampire x faham, manusia jer yang akan faham.. Bagaimana pula yang tak faham?

Begini jadinya kalau tak faham:

-HAMBA tak taat dengan TUHANnya
-UMAT tak cinta dengan RASULnya
-PENGANUT keluar dari AGAMAnya
-MANUSIA buat pencemaran ALAM SEKITAR
-KAWAN khianat KAWANnya
-SUAMI cerai dengan ISTERInya
-IBU BAPA tidak mempedulikan ANAKnya

TENGOK?! Betapa pentingnya faham.. ada orang menerima sesuatu fakta dia tahu tapi dia tak faham.. kalau setakat tahu apa guna? Hampeh!! Contoh terdekat: dia tahu berkawan tapi dia langsung tak faham diri kawan dia.. macam tak berguna kan? Kalau ada kawan macam nie lebih baik lari awal2.. hehe (ketawa jahat).. Nak lagi? Contoh: Sorang budak nie tahu simbol ( x + - ÷) tapi tak faham macam mana nak guna.. tak jalan juga kan? Haiyo! Ragtag betulla!

“Nak kongsi satu cerita!!” (sambil angkat dua tangan mcm Shin Chan)
        
        “Nanti dulu! Nak bagi  family faham macam mana pulak?

Niela aku nak berceritala nie.. memang peritla kalau dalam situasi keluarga tak faham kita.. Lebih-lebih lagi kalau tak faham agama.. Kadang-kadang dalam keluarga sendiri pun kita boleh rasa terasing sangat-sangat.. Macam dunia baru tahu tak.. tapi bila fikir balik tak apa rasa terasing kan ada hadis Rasulullah kata :

"Islam datang dalam keadaan asing dan akan kembali asing sebagaimana datangnya." (Hadits Mutawatir, lihat kitab ku: Tuba lil Ghuroba, Al Ghurbatu wal Ghuroba, Penerbit Darul Hijroh, Damam)

Bila fikir hadis nie semangat naik balik.. Naqibah(Hurrun Aini) ada pesan kalau kita tak rasa diri kita asing dengan orang lain maksudnya ada something wrongla tue.. (dalam konteks niela)... ooooohhh.. faham2x (kelip2 mata sambil senyum mcm mickey mouse)..

Orang Korea kata : Khencana! Khencana! Khencana! (xapa)

Tak apa lama-lama dorang fahamla tue.. Tugas kita sekarang kita nak bagi dorang faham dengan sebetul-betul faham.. Mungkin ini ujian yang Allah nak bagi kat kita.. Hadis ada menyatakan:

“tidak beriman seseorang itu jika kita tidak didatangkan dengan ujian…”

Jadi kalau nak dorang faham tue perlukan masa yang panjangla.. Kalau ikutkan hati nak saja suruh dorang faham & berubah terus macam Superman.. Kan best.. Best kan? Kan? Kan? Tapi xboleh nak paksa mereka faham & berubah serta merta.. Ada caranya.. Gunalah dakwah fil Hal.. Hah? Apa itu? Dakwah dalam perbuatan kita.. Kita kena jadi sample katalog untuk mereka.. faham?! Jadi contohla.. Setiap perbuatan yang kita buat semuanya mesti terbaik!!!! Eheh…

Kakak Naqibah saya (the latest) pesan:

-Solat tue mesti tepat pada waktunya..
Abdullah Ibnu Mas’ud RA berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, “Ya Rasulullah, amal perbuatan apa yang paling afdhal?” Beliau menjawab, “Shalat tepat pada waktunya.” Aku bertanya lagi, “Lalu apa lagi?” Beliau menjawab, “Berbakti kepada kedua orang tua.” Aku bertanya lagi, “Kemudian apa lagi, ya Rasulullah?” Beliau menjawab, “Berjihad di jalan Allah.” (HR. Bukhari)

-Banyakkan doa kepada Allah
Hadis Abdillah bin Buraidah dari Buraidah berkata: " Rasulullah SAW mendengar seorang lelaki berdoa: Ya Allah! Sesungguhnya aku berdoa kepada Mu bahawa sesungguhnya Engkaulah Allah yang tiada tuhan yang berhak diabdikan diri kepadanya segala sesuatu, yang tidak beranak dan tidak diperanakkan, dan tiada seorang pun setara dengan-Nya. Maka bersabdalah Nabi SAW: Demi Allah! Sesungguhnya dia telah memohon kepada Allah dengan nama Allah yang paling agong, yang apabila dia berdoa dengannya, doanya akan dimakbulkan, dan apabila dipohon sesuatu dengan nama tersebut, Allah akan menunaikannya". Hadis soheh: dikeluarkan oleh Tirmizi (3475), Ahmad ( 5/360), Nasaie ( 3/52).

-Baca Ma’thurat
Imam Muslim telah merekodkan satu hadis qudsi yang bersumber daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda dalam mana meriwayatkan daripada Allah Taala.

“Anak Adam! Berzikirlah kepada Ku setelah (solat) Fajar (yakni Subuh) dan setelah (solat) Asar seketika, Aku akan mencukupimu antara keduanya.”

-Baca Al-Quran
Dari Abu Musa r.a katanya, nabi s.a.w bersabda:”Selalu-selalulah membaca al-Quran kerana demi Allah ia lebih cepat lepas daripada unta di tambatannya.”(Muslim)

Wallahua'lam... 


Monday, May 28, 2012

NAQIBAH SUPER BULATAN GEMBIRA -HURRUN AINI

NAQIBAH SUPER


Lagaknya  boleh mengalahkan spy!
Kata-katanya ibarat jampi bg saye!
Tarikannya bak hepnotais!
Powernya mungkin macam Boiboiboi xmungkinla mcm superkarmen!
Sabarnya bagai ketuhar elektrik! Kah3x(sambil tutup mulut)
( kalo guna microwave tu xsesuai sbb naqibah nie kuat sabar) hehe!
Super??

Ofcozla naqibah nie supersuper.. super.. eh? Ada dengungla..(Johan dlm lawak ke der) hohox.. kalo nak tahu, hambasuper nie hasil dari TARBIYAH sorang naqibah.. super bangat! HOT gitu! Heh2.. HOT disini bukannya HOT di padang masyhar tapi HOT utk syurga.. yeaaahhh! (salute)

Nostalgia masa lalu membuat aku terpaku membayangkan aku merangkak-rangkak tika aku menyeludup keluar dari kepompong JAHILLIYAH.  Ah! Sombongnya aku tika tangan yang dihulur dilihat bagai HALIMUNAN..

Hati yang tengah membiakkan bintik hitam berbisik: eh? Ape nie? Kite bolehla.. xyahla nak bantu.. lagipun kita tak suka jadi FOLLOWER USRAH nie..  pleasela.. korang tak rase ke yang yang menda2 mcm tue wasting time.. Buang masa aku jer! Mak aku tak suruh jd FOLLOWER USRAH, mak aku suruh belajar sungguh-sungguh jer! [masa first ikut usrah ngan naqibah nie]

Sekarang aku mengerti bahawa naqibah aku ibarat nakhoda kapal yang berlayar dalam ribut taufan.. berusaha membawa layar (kami) ke jalan pulang dengan dugaan ibarat ribut taufan & puting beliung.. ooohh(sambil angguk2 kepala).. besarnya kesabaraban naqibah itu.. besarnya jihad naqibah itu…

Kerja yang bertimbun-timbun ibarat tempat pelupusan sampah yang belum habis di buat dibiarkan bagai amnesia sebentar kerana jihadnya dalam bulatan gembira kami.. Pernah suatu ketika aku hanya terpaku menggunakan teropong memerhati gelagat naqibah ini yang terkadang mencuit hati dan terkadang memangkin perkataan terharu pada saya.. Engkau terharu?(syaitan mula berbisik).. Ya! Aku terharu.. Memang pun aku terharu! Walau masa padat seperti molekul solid sekalipun tapi xpernah mengaum bak harimau yang mengadu kelaparan.. Walau berbillion syaitan bergayut dimata sekalipun tetap dilawan dengan jihadnya terhadap agama Allah.. Jihadnya itu didengar oleh bisikkan hati ini.. Hati yang sedang giat membiakkan bintik hitam ini!

Insha-Allah hati yang mula giat memproses bintik hitam ini akan di cuci dengan Clorox supaya bersih sebersihnya.. Jazakillahu khairan buat naqibah itu yang mentarbiyahkan aku Insha-Allah menjadi hamba yang super dunia akhirat.. sukran jazillan atas usaha membawa aku kenal apa itu di sebalik I-S-L-A-M.. Sangat2 terima kasih kerana aku tahu bahawa betapa pentingnya BULATAN GEMBIRA buat aku… (senyum sampai telinga)

Sekarang aku sedar dari mimpi yang panjang bahawa aku hidup bukan untuk keperluan untuk mendapat tuntutan dunia tapi aku hidup untuk 
tuntutan akhirat & menjadi hamba Allah..

Dedicated to: my naqibah in bulatan gembira (Hurrun Aini)






Saturday, May 26, 2012

Bebaskan Aku Dari Jahilliyah!!



Bebaskan aku dari jahilliyah !!!

Ape? Ingat hambasuper nie xpernah lalui zaman jahilliyah ke?
Flashback zaman Jahilliyah:
-dedah aurat
-x solat
-x puasa
-mengumpat
Aaaaahhh! Banyak lagi….. berjela-jela.. heh3

Jahilliyah bagi hambasuper bak penjara..
Jahilliyah bagi hambasuper bak perosak…
Jahilliyah bagi hambasuper bak penjenayah..
Jahilliyah bagi hambasuper bak pemberontak..
Aku benci Jahilliyah… Bebaskan aku!!!!
(kalo ultraman mesti dah merah dah lampu di dada nie.. keh3x)

Ya Rabb, istiqomahkan hati ini dalam mencari ‘torchlight’ untuk menyuluh kegelapan belenggu jahilliyah nie.. agar hambasuper nie dapat suluh jalan untuk ketemu dengan-Mu..


Dah bebas dari jahilliyah orang kata lain plak.. “ish budak nie buang tabiat ke ape? “ “ntah ikhlas ke tak?” “kot saje2 nak tunjuk…”


Hambasuper: kenape?? Salahke?? Salah ke aku nak bebas dari Jahilliyah nie? Jahilliyah musnahkan hidup aku.. Jahilliyah niela busuk hati tak bagi aku rasa nikmat Islam.. xpe biar org lain kata begitu sebab kita tahu Allah tahu kita buat untuk Dia.. hmm, satu lagi! Hambasuper, ingat satu benda! Jangan mengharapkan kemaksuman dari orang yang tak maksum..

Sekarang aku bebas.. bebas… bebas.. eh? Ada dengungla.. (Johan dalam lawak ke der) hehe!

kalo dah bebas please, please hambasuper jangan awk patah balik!! Jangan sesekali punya ‘nawaitu’ nak masuk balik dalam penjara Jahilliyah.. Once hambasuper patah balik, hambasuper jangan harap nak rasa kenikmatan Islam & nak cari jalan balik ke fitrah itu perit dan pedih!!

Ya Rabb! Ku Bersyukur ke Atas-Mu

Betapa bersyukurnya kerana masih di pinjamkan nafas untuk terus hidup.. ALHAMDULILLAH.. Ya Allah aku bersyukur ke atas mu Ya Allah.. sesungguhnya Allah Maha Pemurah DAN Maha Penyayang.. wahai manusia sedarlah anda semua bahawa kita di dunia ini adalah sementara sahaja.. Bongkaknya aku selama ini kerana tidak bersyukur ke atas mu Ya Allah.. Sesunguhnya aku ini hamba yang jahil lagi hina.. Ampunkanlah dosaku Ya Allah... Sombongnya aku kerna selama ini aku tidak pernah berterima kasih dengan apa yang dipinjamkan di badan ini..