Saturday, May 26, 2012

Bebaskan Aku Dari Jahilliyah!!



Bebaskan aku dari jahilliyah !!!

Ape? Ingat hambasuper nie xpernah lalui zaman jahilliyah ke?
Flashback zaman Jahilliyah:
-dedah aurat
-x solat
-x puasa
-mengumpat
Aaaaahhh! Banyak lagi….. berjela-jela.. heh3

Jahilliyah bagi hambasuper bak penjara..
Jahilliyah bagi hambasuper bak perosak…
Jahilliyah bagi hambasuper bak penjenayah..
Jahilliyah bagi hambasuper bak pemberontak..
Aku benci Jahilliyah… Bebaskan aku!!!!
(kalo ultraman mesti dah merah dah lampu di dada nie.. keh3x)

Ya Rabb, istiqomahkan hati ini dalam mencari ‘torchlight’ untuk menyuluh kegelapan belenggu jahilliyah nie.. agar hambasuper nie dapat suluh jalan untuk ketemu dengan-Mu..


Dah bebas dari jahilliyah orang kata lain plak.. “ish budak nie buang tabiat ke ape? “ “ntah ikhlas ke tak?” “kot saje2 nak tunjuk…”


Hambasuper: kenape?? Salahke?? Salah ke aku nak bebas dari Jahilliyah nie? Jahilliyah musnahkan hidup aku.. Jahilliyah niela busuk hati tak bagi aku rasa nikmat Islam.. xpe biar org lain kata begitu sebab kita tahu Allah tahu kita buat untuk Dia.. hmm, satu lagi! Hambasuper, ingat satu benda! Jangan mengharapkan kemaksuman dari orang yang tak maksum..

Sekarang aku bebas.. bebas… bebas.. eh? Ada dengungla.. (Johan dalam lawak ke der) hehe!

kalo dah bebas please, please hambasuper jangan awk patah balik!! Jangan sesekali punya ‘nawaitu’ nak masuk balik dalam penjara Jahilliyah.. Once hambasuper patah balik, hambasuper jangan harap nak rasa kenikmatan Islam & nak cari jalan balik ke fitrah itu perit dan pedih!!

Ya Rabb! Ku Bersyukur ke Atas-Mu

Betapa bersyukurnya kerana masih di pinjamkan nafas untuk terus hidup.. ALHAMDULILLAH.. Ya Allah aku bersyukur ke atas mu Ya Allah.. sesungguhnya Allah Maha Pemurah DAN Maha Penyayang.. wahai manusia sedarlah anda semua bahawa kita di dunia ini adalah sementara sahaja.. Bongkaknya aku selama ini kerana tidak bersyukur ke atas mu Ya Allah.. Sesunguhnya aku ini hamba yang jahil lagi hina.. Ampunkanlah dosaku Ya Allah... Sombongnya aku kerna selama ini aku tidak pernah berterima kasih dengan apa yang dipinjamkan di badan ini..

Thursday, December 29, 2011

Tuesday, November 29, 2011

Ikhlaskah Aku?



Refleksi Diri :



Pengorbanan lahirnya dari keikhlasan hati seorang insan yang bernama ibu dan bapa juga sebagai seorang hamba Allah. Betapa pentingnya keihkasan itu sendiri sehinggakan ibadahnya mulia dipandang oleh yang Maha Kuasa. Ya Allah ku bermohon agar hati ini sentiasa diberi keikhlasan dalam beribadah untuk Mu.. Jangan pernah Engkau rapuhkan hati ini dalam beribadah dengan Mu kendatipun duri yang menusuk.. Kuatkanlah hati ini Ya Rabb!!

Friday, November 11, 2011

Wahai Saya!!



 Refleksi diri :
WAHAI SAYA!!
Berkawanlah dengan penuh keikhlasan.. pandang terus Maju! Sentiasa sedia dan belajar untuk memperbaiki diri supaya dapat memacu diri ke arah yang lebih baik dan mendepani segala keangkuhan yang tertanam dalam diri ini.. jadilah seorang insan yang kehadiran kita itu terasa bermanfaat untuk orang disekeliling teman yang lain.. positif positif!! tukar mode fikiran negative kita ke positif lantaran dapat meneutralkan fikiran kita sekaligus.. percayalah!

Tuesday, November 1, 2011

Baby Khalifah..

 Tahu lagu nie lepas pergi dhaurah baru-baru tok.. best gilak!! This video I dedicate to my niece and nephew.. hope they would be a useful youth!!

Ayuh, Bangkitlah Jiwa-Jiwa Muda!!!!!

     Zuppp… zuppp!! Huhu cursor aku tiba2 terhenti di pautan tentang sejarah Imam Hassan Al-Banna. Ape lagi kliklah kan.. Tiba-tiba aku terbaca serangkap kata-kata dari beliau. Tak sangka la pulak boleh membuat aku terfikir sejenak.. tadaaa!! Niela kata-kata beliau:

    Andai diumpamakan ISLAM seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka aku akan berjalan ke seluruh dunia bagi mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramainya bilangan mereka. Tapi aku ingin hati-hati yang ikhlas untuk membantu dan bersamaku membina kembali bangunan using itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah. (Imam As-Syahid Hassan al-Banna)

Masya-Allah!! Tingginya jihad beliau.. “jiwa-jiwa muda” ermmm!! Ya!! Aku tergolong dalam itu.. terasa pulak aku.. jadi???? Aku pun terfikir apa tindakan aku seterusnya.. aku mesti jadi “jiwa-jiwa muda” yang akan menyuburkan kembali Islam tersebut.. aku pasti boleh!!!!!!