Wednesday, August 24, 2011

Bila IMAN Menjunam

Iman manusia itu sekejap naik sekejap turun. Alangkah bestnya if iman kita nie sama dengan malaikat. Sentiasa naik dan tak pernah turun. Subhanallah! Haa.. di sini ingin dikongsikan sedikit tentang bagaimana nak top up semula iman Itu.. satu hari aku bertanya dengan salah seorang sahabatku.. wahai sahabat bagaimana dengan diri ini.. saat ini ku merasa iman ku ‘down’ sangat.. apa yang perlu aku buat nieh..??

Jawapan si sahabat:
Banyakkanlah berdiam diri
Jauhkanlah diri dari berlainan jantina
Banyakkan berfikir
Banyakkanlah solat taubat
Banyakkan baca al-quran dan tadabbur ayat
Selalulah Guna lipstick jenama zikrullah
Rajinlah ‘Make up’kan muka dengan jenama wudhu’ 

Tuesday, June 7, 2011

IMPIAN oh IMPIAN!!

Haha.. impian!! oO baru ku sedar!! Bukan semua orang dapat mencapai impian mereka yang tertanam sejak dari lahir lagi… bayangkan sejak dari alam persekolahan lagi menanam semangat untuk mengejar impian tersebut.. tapi akhirnya musnah begitu sahajaa… inilah kehidupanku………………………..
 Aku tanamkan impian saat kaki ku pertama kali melangkah ke sekolah.. wah begitu lama sekali .. tapi akhirnya? Adakah aku akan diberi peluang sekali lagi untuk mengejar impianku itu.. ku sangkakan impianku berakhir sewaktu di alam aku mendapat keputusan PMR.. aku mula menjejaki kaki ke tingkatan 4.. dan aku mulai menjalani sesuatu yang baru.. aku telah ditempatkan ke dalam pengajian sains IT… akan tetapi suatu keajaiban berlaku.. keajaiban ini membuatkan aku percaya bahawa aku masih diberi peluang untuk capai impian itu.. mulai saat itu semangat aku melambung dan membuatku bersungguh serta bekerja keras dalam pengajian ku.. dalam kesungguhan itu ditemani pula seorang teman yang sudi menemani dan selalu memberi semangat tika aku lemah..   tidak kira penat lelah kami .. perjuanagan diteruskan.. dan akhirnya.. dan akhirnya kami Berjaya menempuhinya bersama.. tawaranku menunjukkan aku semakin hampir dengan impianku.. malangnya… malangnya.. kebenaran tidak membenarkan… aku terpaksa memenuhi impian insan lain… akan adakah peluang lagi untuk ku ?? buat terakhir kalinya
  

Tuesday, December 21, 2010

MANFAAT SUSU..





Dari Ibnu Abbas r.a,dia menceritakan:


"bersama Rasulullah s.a.w,aku dan Khalid bin Walid menemui Maimunah,lalu dia(Maimunah) membawakan kami satu benjana berisi susu,lalu baginda meminum sebahagian darinya.Pada waktu itu,aku berada di sebelah kanan baginda,sedangkan Khalid berada di sebelah kirinya.kemudian baginda berucap kepadaku,
'selanjutnya minuman ini gilirinmu,jika engkau berkenan,berikan kepada Khalid.
Kemudian baginda bersabda,

'Tidak ada makanan dan minuman yang menandingi susu."


(Hadist riwayat Ibnu Majah)


                  DARIPADA apa yang disebut dalam hadis di atas jelas menyatakan bahwa nabi Muhammad menggemari susu. Baginda mengatakan susu adalah minuman yang baik dan tiada yang dapat menandingi susu. Cuba anda renungkan kembali, ketika anda masih bayi apakah minuman pertama yang ibu kita berikan. Sudah pastinya SUSU kan.  Nah disni kita tidak dapat menafikan susu tidak mempunyai apa-apa manfaat kepada kita. Sudah jelas susu itu mempunyai banyak khasiat. Susu memberi dua kali khasiat kalsium untuk tulang kita. 

                             Tahukah anda bahawa susu boleh mengempiskan perut buncit. Apabila anda mengamalkan minum susu sebelum tidur Insya-Allah anda dapat mengempiskan perut. Bagi yang tidak suka minum susu ianya satu kerugian bagi anda. Jadi apa lagi cepat-cepatlah beli susu. Semoga anda mengamalkan rutin yang baik untuk kesihatan anda.