Sunday, March 15, 2015

Ini Terbaik


Menyedarkan manusia. Itulah Aku.

Bagi aku masa untukku berkata,  bagiku aku masa untukku bercerita.

Masih segar lagi dalam ingatan masa mula-mula menyapa tarbiyah mencalit iman kepada hati-hati mutarabbi.

Ahhhh, susahnya nak selami hati budak-budak ni. Hampir saja aku putus asa.

Pernahkah mendengar kisah nabi Yunus as?
Seandai aku putus asa membina manusia maka jadilah aku seperti nabi Yunus di telan ikan Nun.

Kenapa nak putus asa. Hati manusia kan Allah yang pegang. Jadi kerja  memberi hidayah ini hanya kerja Tuhan. Manusia tak perlu masuk campur. 

Kerja kita hanyalah menyedarkan manusia yang sedang nyenyak tidur dalam kelalaian.

Nak tarik hati-hati mutarabbi. Tarik dengan fitrah manusia itu sendiri. Apa fitrah manusia? 
Tarik dengan kebaikan. Apalagi?
MAKANAN. haha! Yang paling ketara..

Sikit demi sikit. Saat demi saat. Minit demi Minit, Jam demi jam. Hari demi hari. 

Hubungan kami makin mendekat. Wahai manusia, aku sebagai manusia ingin berkata:

Bermuayasyah lah dengan mutarabbi anda setiap saat, minit, jam, hari, minggu, baru ada manifestsainya. Bukan hanya bergaul mesra di dalam bulatan yang engkau sangkakan gembira itu. Bukankah itu namanya syok sendiri? 

Manusia janganlah lagaknya seperti Tuhan. Nak paksa mutarabbi jadi seperti kita. Ingatlah manusia tidaklah semua seperti kita. Mohon tajdid kan niat balik.

Yang penting mutarabbi kita itu sentiasa membuat kebaikan. Tidak putus-putus umpama air sungai mengalir.

Aku impikan mereka ini lebih baik dari aku. Bergerak lebih laju lagi dari aku. Ameen.

Sebanyak mana aku menyayangi mutarabbi ku. 
Dan akhirnya seorang murobbi akan meninggalkan mutarabbinya..

Adakah ini rasanya bila melepaskan sesuatu yang kita dah mula sayangggg~

Last usrah kami:
Feb 2015


Sunday, November 25, 2012

Ukhwahku tak Sehangat Hot Choc


Dalam dekapan ukhwah, kita mengambil cinta dari langit lalu menebarkannya di bumi. Sungguh di syurga, menara-menara cahaya menjulang untuk hati yang saling mencintai.....


Kaki ku akan selangkah kebelakang apabila ada suara berbicara tentang UKHWAH..

Lemahnya aku dalam berukhwah.. 
[bongkok udang tanpa kata-kata]

U-K-H-W-AH  [tahu mengeja tapi bagaimana menghayati?]

Mungkin aku selalu menyakiti teman-temanku tanpa kusedari.. mungkin juga dalam aku sedari..

Khilafku ! Khilafku! Khilfafku!  [menggengam buku lima menghentak dada]

Bermain-main di ingatanku apa yang sudahku telaahkan:
“Engkau!”  sabda Rasulullah dengan telunjuk yang mengarah ke wajah Abu Dzar Al-Ghiffari, “Sungguh di dalam dirimu masih terdapat jahiliah!”

CERITANYA BEGINI:
Abu Dzar memohon Bilal Ibn Rabah untuk memijak kepalanya..

“Injaklah wajahku.Demi Allah aku berharap dengannya Allah akan mengampuniku dan menghapus sifat Jahiliah dari jiwaku,” 
Abu Dzar berkata-kata

Tapi Bilal dengan rasa bersalah enggan melaksanakannya ..

Abu Dzar kesal kepada Bilal kerna merasakan Bilal tidak menunaikan amanah yang diberikannya dengan baik.. Abu Dzar kecewa dan malangnya Abu Dzar tidak dapat menahan lisannya dari berbicara:

“Hai anak Budak Hitam!”

Herdikan itupun didengari oleh Rasulullah s.a.w…

Credit to: Dalam Dekapan Ukhwah - Salim.A.Fillah

Bagaimana pula aku?
Aku? masih mencari bagaimana nak membina ukhwah…….

Sungguh didalam diriku masih menebal Jahiliah walaupun aku menjaga hijabku, auratku, ikhtilatku dan ibadahku!  [menurun wajah ke bumi malu hampa]

Aku dihujani kehinaan kerna ukhwahku busuk dan hanyir!

“Mereka diliputi kehinaan di mana sahaja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang kepada tali hubungan dengan Allah dan tali hubungan dengan manusia”    (Al-Imran:112)

dedicated to myself

Gulps! Swissroll kah Aku?


  
dedicated to myself

Dugaan banyak menghujan batukan aku pada semester ni.. Aku yakin Allah nak aku dekat lagi dengan-Nya.. terus membuat aku berfikir dan bermuhasabah diri:

Bagaimana dgn Qiamullail aku sebelum ni?
Bagaimana dgn bacaan Al-Quran aku?
Adakah aku sungguh2 erat dengan Allah?
Adakah ma’thurat aku terjaga pagi dan petang?
Apakah engkau berhijrah hanya kerana nak dipandang hormat oleh penduduk bumi?
Bagaimana dgn tahajudku? Dhuhaku?

[terdiam menggenggam tangan menampar muka]


Wednesday, July 18, 2012

Kejahatan Membunuh Kebaikan Yang Menggunung

Lihatlah kebaikan bukannya kejahatan

SuaraMisteri: Kenapa susah sangat nak lihat kebaikan orang pada kita ek?

Manusia.. manusia..

Bila seseorang yang dah banyak buat baik kat kita tiba-tiba dia terbuat sesuatu yang amat menyakitkan hati… hah! Time tuela semua kebaikan ghaib serta merta… kesalahan yang satu dapat mengalahkan kebaikan yang beribu... dasyat sungguh!! [menggigil]

“Bukan nak kata orang lain, saya pun manusia jugak.. pernah jugak terasa begitu.. tapi bila sedar itu adalah sikap negatif yang harus dikikis.. saya pun sungguh-sungguh kikis sikap tue supaya tak berkarat dek hasad dengki dan syaitan.. ya! Memang susah nak kikis!! Tapi tak pa.. bila dah tahu cepat-cepat istighfar…..” [astaghfirullahalazim + urut dada]

Jadilah manusia yang pemaaf agar kebaikan orang kepada kita tidak dilihat sebagai kejahatan yang menggunung.. Sepertimana firman Allah dalam surah al-A’raf: 199 mafhumnya :

“Jadilah pemaaf dan suruhlah mengerjakan yang ma’ruf serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh”

 Bila kita rasa nak marah, sakit hati dan semua sikap negatif tue muncul maka apa yang kita perlu buat.. kita lihat apa kebaikan yang dia dah buat kat kita bukannya kita terus melihat kejahatannya.. Insha-Allah semuanya akan redha dan kembali kepada natural..[senyum nampak gigi ]

dedicated to : myself

Monday, June 25, 2012

Al-Quran vs Portable Play Station (PSP)


"Sesungguhnya dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenang." 
(Ar-ra'ad:28)



Kadang-kadang nak lakukan sesuatu yang baik pun kita rasa malu..

sebab apa?

Sebab masyarakat pandang yang baik itu adalah sesuatu yang menyampah!

“Jadi kepada diri ini! yang selalu malu untuk melakukan kebaikan kerna takut akan lontaran caci maki puji muji masyarakat sekeliling hendaklah menapis malu itu dan laksanakanlah tanpa malu!”

PersepsiMasyarakat:  Al-Quran hanya boleh dibaca dirumah sahaja takpun di masjid..

SuaraMisteri:  Owh.rupanya Al-Quran nie dibaca masa kat dalam rumah dan masjid sahaja ek? Jadi memang ada ditulis dekat al-Quran baca kat rumah jer.. Tak pernah aku jumpa dekat al-Quran tue ada tulis ‘FOR HOUSE & MOSQUE ONLY’ ... [angguk-angguk sket] kalau PSP tue boleh plak nak bawa & main dimana-mana...

“Biarlah masyrakat menyampah dengan kita lama-lama dorang akan terbiasa lah tue.. selagi kita tak buat sesuatu yang baru dan menjadi kebiasaan bagi mereka selagi tue persepsi dorang tue solid dan tak akan berganjak..”

Jom! Sama-sama kita selalu baca surat dari kekasih [Allah]  kita sepertimana kalian membaca mesej dari kekasih [manusia] kalian..

Bumi ini milik Allah s.w.t jadi kita berhak membaca kata-katanya dimana-mana kita berada!

“Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahNya), dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang. Dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai. ( 7:205)”

“And do thou (O reader!) Bring thy Lord to remembrance in thy (very) soul, with humility and in reverence, without loudness in words, in the mornings and evenings and be not thou of those who are unheedful.. [7:205]”


Saturday, June 23, 2012

Bebaskan Hatimu


Bebaskan hati aku!!

Banyaknya dosa aku.. terbebannya dosa itu bagai keldai membawa buku!!

SuaraMisteri: “dah tahu engkau tue banyak dosa banyaklah bertaubat! Nie tidak mengeluh memanjang.. nak tunggu dosa tue hilang sendiri.. sedangkan kotoran pun terpaksa guna Clorox untuk menghilangkannya.. “

Hati: “dush!eyh pedihnya hati aku! …………”

Kesedaran menyapa aku.. Kesedaran dengan keprihatinan terhadap hati aku.. Rupanya hati aku selama ini keras bagai batu!! Aku tak boleh begini sahaja dan aku perlu cari solution untuk lembutkannya balik.. aku nak bebaskan hati aku!! Sesaknya nafas dihimpit batu itu..

Eh.. engkau dah tahu kan hati ngkau tu keras.. kenapa tak usaha untuk lembutkan.. pecahkan batu tue! Nak pecahkan batu tue payah..

“Kenapa nak korbankan duit  jumpa doktor untuk pecahkan hati batu tue?..”

“Kenapa nak korbankan hati orang lain untuk gantikan dengan hati batu tue?..”

SuaraMisteri: “kau nak pecahkan batu itu.. kau perlu buat semua nie!

membaca Al-quran
buat Qiamullail
laksanakan Solat Sunat
baca Ma'thurat
lakukan puasa sunat
selalulah datang Usrah & Haloqah
attendkan diri ke Dhaurah
rajinkan diri join Mukhayyam(Camping)
baca buku Ilmiah
dan seumpama dengannya.........

Buatlah semua ini.. Insha-Allah lama-lama lembutlah hati kau yang mcm batu berkarat tue… Janganlah banyak memberi alasan tak dapat nak laksanakan semua tue.. 


kalo setakat nak bagi alasan aku ada banyak tugasan yang perlu disiapkan.. Janganlah! Banyak lagi orang lain kat luar sana busy lagi dari kau! 


kalau nak cakap aku tak berminat.. Janganlah! Kalo nak buat maksiat tue kau sukala! 


Setakat alasan aku belum terfikir nak buat semua itu.. Janganlah! Banyakla cantik… kalau mati sempat tak kau nak berfikir… sedarlah!! 


Kalau nak bagi alasan aku malas.. Janganlah! Sampai bila kau nak malas.. sampai masyarakat lain pandang hina pada kau! 


Kalau nak bagi alasan suka hati akula nak pilih apa yang aku buat.. Janganlah! Nanti akhirat kau juga yang tarik kaki aku!..............”

Ketukkan hati kau !!

“Lemparan alasan bagai satu coretan yang agak menipiskan kelogikan fikiran dibuat untuk berat melakukannya adalah satu yang sia-sia.. Meraih keuntungannya adalah kita sendiri bukannya orang lain…”

kalau kita lakukan semua itu tanpa melontarkan alasan Insha-Allah terbebas jugak hati tue dari batu... 
(senyum sampai telinga)
dedicated to: especially to myself


Monday, June 11, 2012

Hipokrit Dr Jekyll and Mr Hide dalam Kehidupan

Hipokrit Dr Jekyll & Mr Hide

Short story  nie familiar bagi budak Sabah & Sarawak.. Kisahnya begini.. (chewah) 


Dr Jekyll nie seorang doktor dan berlatar belakangkan golongan bangsawan.. Suatu hari Dr. nie wat satu research tentang satu ramuan yang boleh ubah diri kepada personaliti lain.. Jadi untuk testimonal Dr nie guna dirinya sendiri.. apalagi kasi masukla antidot tue dalam badan..

tupp.. tupp.. rupanya antidot tue ada sth wrong..

antidot tue transformkan dirinya jadi orang jahat(Mr Hide).. banyak pembunuhan berlaku.. tapi bila kesan antidot tue dah berkurang jadilah balik asalnya(Dr Jekyll).. masa jd Dr jekyll dia berusaha menyembunyikan kesalahan dia dah lakukan tanpa sedar.. lama-kelamaan antidot meresap banyak kedalam sel badannya... dan ending cta nie Dr Jekyll and Mr Hide nie meninggalla..
**********
Terkesima sebentar membaca short story  nie.. manusia yang mempunyai dua personaliti tapi sedaya upaya menyembunyikan personaliti jahatnya.. Betapa hipokritnya Dr Jekyll.. Dia tak nak orang tahu yang dia dah buat sesuatu yang keji dan hina tanpa dia sedar..

Bagi saya hipokrit Dr Jekyll itu kita boleh contohi dalam membuat transformasi diri dengan antidote tarbiyah.. Kesalahan yang dilakukan terus menerus datang kepada kita bak Tsunami membaham dahagakan nyawa meresahkan kita.. Kita kalau pernah buat salah yang tak dapat diselimuti lagi hendaklah berubah jadi baik dan sedaya upaya tidak mengingati kembali kesalahan lalu dan menyembunyikan kesalahan yang dilakukan bagaikan terkuburnya ia di laluan Segi Tiga Bermuda.. Keluarkanlah personaliti kita yang baik dan lawan personaliti buruk kita... 

Keluarkanlah Personaliti Jahat kita itu

**********
Perubahan itu perlu ada rasa hipokrit.. kalau sebut pasal hipokrit confirm orang fikir yang negative punya.. hmmm.. (gerak mata sikit)

Aku Tanya: Apa pendapat korang tentang hipokrit?

Persespsi orang: Orang hipokrit nie kami memang tak suka.. menyampah.. menyakitkan hati… bikin panas adala orang macam nie.. arghh!!  (geramla sangatkan)

Aku Tanya lagi : ye ker? Kalau orang tue(hipokrit) berubah jadi baik macam mana? Jawab2… nak menyampah jugak ke? (puas hati sikit)

Persepsi orang: elehh.. hipokrit semata-mata! Takde ke bendanya nak jadi baik… kalau hipokrit tue tetap hipokrit!! (mengadanya)

“Pasrah aku nak tanya lagi.. orang begini tak baik bawa cakap panjang2.. Parah jadinya..”

Babak satu takda Ending:

Aku orang tahanan penjara jahilliyah… sekarang aku sudah bebas dari tahanannya.. teringat lagi semasa aku dalam tahanan jahilliyah kain baju aku tidak cukup untuk menyembunyikan auratku.. tapi setelah berjaya bebas aku bagai cacing kepanasan mencari kain untuk menampung mana-mana bahagian auratku yang tidak disembunyikan..

Bahagia sangat.. terkadang aku amnesia sebentar supaya aku tidak mengingati masa perih, perit aku dalam tahanan itu.. Peristiwa itu membuat aku malu untuk berhadapan dengan orang.. nak sangat orang lain tak tahu apa yang aku dah buat selama ini..

Untuk aku melepaskan belenggu jahilliyah yang beku dalam ingatan, aku mesti menjadi hipokrit .. tapi hipokrit aku adalah pakaian aku bukanlah seperti apa yang aku pakaikan seperti kebiasaan dalam tahanan jahilliyah.. Inilah yang aku katakan hipokrit..